Sunday, November 21, 2010

Azan, Gelombang dan Keseimbangan Dunia?


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar!, Ashadu an la ilaha illalah, Ashadu an la ilaha ilallah!,

Ashadu anna Muhammadar Rasulullah, Ashadu anna Muhammadar Rasulullah,
Hayya'ala-s-solah, Hayya'ala-s-solah!,Hayya' alal-falah!, Hayya' ala falah!,

Allahu Akhbar, Allahu akhbar!, La ilahaillaallah!.


Dengarlah azan itu sambil pejamkan mata mu dan kunci rapat mulut mu supaya tidak ada satu perkataan yang keluar. Rasakan apa kesannya. Bukankah seruan suci itu terasa seperti terus menikam ke jantung.

Azan memberi impak yang besar di dalam kehidupan manusia. Bahkan sesuatu yang cukup indah, sukar digambarkan dengan kata-kata. Banyak peristiwa yang berlaku disekeliling kita yang memperlihatkan azan itu satu yang ajaib dan indah. Antaranya kisah salah seorang mangsa yang terselamat dari bencana tsunami Acheh. Dia seorang diri dihanyutkan ombak besar. Ketika itu dia teringat pesanan ibunya supaya melaungkan azan jika ditimpa musibah. Lantas selesai azan dilaungkan, dia sudah terdampar di atas kapal besar yang dibawa hanyut hingga ke tengah-tengah bandar Aceh.

Bila menyentuh soal azan kebanyakan orang hanya tahu dua perkara iaitu azan adalah seruan penanda masuk waktu solat dan untuk bayi baru lahir. Seorang bayi yang baru dilahirkan diazankan untuk memasukkan pesanan tentang keagungan Allah. Tujuannya supaya bayi itu nanti faham apa saja di dalam hidup ini akan kembali kepada kebesaran Allah.

Azan yang dilaungkan oleh muazin bukan sekadar untuk menyeru solat tetapi bertindak sebagai penstabil gelombang dunia. Gelombang azan rendah sedangkan gelombang dunia tinggi. Jadi azan menstabilkan balik supaya dunia menjadi tempat yang selesa untuk dihuni.Andainya suatu masa nanti tidak ada lagi azan dilaungkan maka gelombang dunia ini akan menjadi semakin tinggi dan macam-macam akan berlaku.

Suatu masa dulu, kajian yang dilakukan mendapati semua pokok dan alam ini berada pada tahap gelombang alpha. Sebab itu apabila berada di kawasan yang dikelilingi pokok, kita akan merasa tenang.

Sekarang keadaan telah berubah apabila pokok-pokok sudah ditebang dan binatang banyak yang pupus menyebabkan manusia berada di dalam gelombang beta iaitu gelombang stress. Sebab itulah setiap hari banyak orang yang stress.

Secara asasnya manusia mengeluarkan empat gelombang tanpa gagal setiap hari iaitu gelombang beta, alpha,theta dan delta. Sekarang keadaan sudah semakin jauh berubah. Dianggarkan hampir 90% populasi dunia berada dalam gelombang beta. Ia melibatkan gelombang stress, buntu dan segala perkara yang negatif.

Semua perkara ini berlaku kerana orang Islam tidak pernah faham. Allah menyayangi hambanya. Melalui azan, Allah kirimkan rasa sayangnya kerana azan itu terletak dalam gelombang theta iaitu gelombang makbul doa dan zon ketenangan.
Aturannya begini, semua manusia berada di dalam gelombang beta iaitu gelombang yang tinggi. Kemudian apabila masuk waktu solat, kita mengambil wuduk, masa itu gelombang turun ke alpha. Kemudian apabila azan, gelombang itu terus turun kepada gelombang theta. Sebab itulah kita digalakan solat tepat pada waktunya sewaktu gelombang theta supaya lebih khusyuk.

Ketika azan juga dikehendaki supaya jangan bercakap dan menghayatinya. Semua ini ada sebabnya. Ia ada kaitan dengan gelombang theta. Sebabnya, ketika badan berada dalam gelombang theta, tiga hormon penting iaitu melatonin, endrofin dan serotonin akan dirangsang keluar. Hormon inilah yang mempengaruhi tahap kesihatan mental dan fizikal manusia.

Azan adalah penyelesai banyak masalah dari penyakit luaran hinggalah rohani dan ketika menghadapi musibah.Sebab itu di dalam Islam apabila ditimpa musibah dianjurkan untuk ucapkan Innalillah... iaitu kembali kepada Allah atau pun azan. Ini kerana gelombang rendah mempunyai tenaga paling kuat.Orang yang sedang buntu fikirannya akan merasa tenang dan kuat jiwanya untuk menyelesaikan masalah. Azan itu meransang otak kanan dan menguatkan jiwa.

Akhirnya, Allah tidak berikan sesuatu itu termasuk azan dengan sia-sia. Ada hikmah di sebaliknya yang perlu dikaji dan ambil berat untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

******
Artikel ini merupakan bacaan daripada majalah Al-Islam Oktober 2010 dan juga dari link blog : http://www.lailahaillallah.com/profile-2281/blog/kelebihan-azan/

Sumber dari link blog : http://rijaluddeen.blogspot.com/2010/02/apa-ada-pada-azan.html
yang mana penulisnya mendapatkan pengisian dari Halaqah Tv9:'Keajaiban Azan' turut menyatakan bahawa azan sentiasa berkumandang di seluruh dunia pada setiap saat,setiap minit..sebagai contoh,Magrib di suatu tempat pada 7.31,dua minit sebelum itu, azan di Kuala Lumpur,begitulah azan berputar di seluruh dunia,setiap minit dan setiap saat

Berdasarkan perbincangan Halaqah, Dr Azhar menyatakan, kita sering menghasilkan gelombang Beta yg mana gelombang ini menjadikan dunia kita tidak 'sihat'...jadi, kehadiran azan yang menghasilkan gelombang Theta adalah bertindak sebagai stabilizer ataupun pengimbang kepada dunia ni...Apabila gelombang Beta dihasilkan, gelombang Theta (yang dihasilkan oleh azan) pula bertindak untuk mengimbangi kehadiran gelombang Beta, supaya dunia kita berada di dalam keadaan seimbang...

Salah satu tanda kiamat adalah tiada lagi azan yang berkumandang, maka apabila tiada azan,maka tiada lagi gelombang theta yang akan menyeimbangkan dunia,maka akan berlaku lah kiamat. subhanallah,indah sungguh aturan Allah

Semoga kita mengambil iktibar dan pengajaran..semoga kita termasuk di kalangan orang-orang yang diredhai Allah. Ameen

Wednesday, October 6, 2010

Pernah dengar 'Ali Setan' dan Mahu Apa Yang Berlaku Seterusnya??

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Subhanallah,rasa sangat takjub,kagum dan syukur beregar-legar dalam diri setelah membaca coretan di satu laman sesawang...tentang 'ALI SETAN'..bagi yang selalu dengar iklan di IKIM pasti dah dapat mengagak serba-sedikit tentang apa yang akan dibaca selepas ni:) ...coretan yang agak panjang, namun amat dan sangat menyentuh hati tentang datangya hidayah yang Esa kepada sesiapa yang dikehendakinya...

Sumber : http://wanwma.com/motivasi/perbezaan-lagenda-anak-setan-dengan-ali-setan-sekarang/#more-1311

Apabila disebut nama
Azmil Mustapha , majoriti generasi muda tidak akan dapat mengecam siapa orangnya. Tetapi sebut saja Ali Setan , ‘berkat’ daripada siaran ulangan filem tersebut di kaca televisyen , semua orang tidak kira yang kecil atau dewasa dari kalangan peminat filem Melayu pasti mengenal pelakon tersohor Malaysia dekad 80-an ini. Azmil, 55 (umur yang dikira beliau mengikut takwim hijri 22 Safar 1375H) adalah antara sebilangan artis di Malaysia yang melakukan ‘penghijrahan’ daripada kehidupan yang penuh ‘lagha’ kepada pengabdian diri kepada Allah.

*Subhanallah :sangat berbeza penampilan beliau,hampir2 tak dikenali

Penampilan terakhirnya adalah sebagai Pengiran Demak dalam filem ‘Puteri Gunung Ledang’; watak yang diilakonkan setelah syarat-syaratnya yang ketat diterima penerbit. Duda (mempunyai seorang anak dengan bekas isteri pertama dan empat dengan isteri kedua) dari Shah Alam, Selangor ini telah musafir ke Syria sejak setahun lalu untuk mempelajari bahasa Arab dan ilmu agama.

Wartawan Global Media Channel (GMC) berkesempatan menemuramah Azmil di Kota Bharu (beliau kembali ke Malaysia sempena cuti semester pengajiannya) yang hadir memenuhi undangan untuk menyampaikan ceramah kesedaran Islam anjuran PAS Kawasan Ketereh baru-baru ini.


Kenapa saudara memilih untuk ke Syria?

Saya buat solat hajat, minta dengan Allah, saya nak cari tempat belajar, Allah berikan petunjuk belajar di Syria. Dengan duit yang saya dapat dari menyampaikan ceramah-ceramah kesedaran Islam sebelum itu di Malaysia, saya terbang ke Syria dengan anak-anak saya.

Saya belajar Bahasa Arab di Maahad Taalim Lughatal Arabiah Lil Ajnabi (Institut Pengajian Bahasa Arab Bagi Orang Asing).Kalau saya terus masuk kelas (pengajian agama) anjuran syeikh-syeikh pun saya tak reti Bahasa Arab. Jadi saya belajar Bahasa Arab dahulu. Sementara itu saya belajar Al-Quran, tajwid dan tasmi’ dengan syeikh-syeikh. Saya juga belajar dengan pelajar-pelajar Malaysia yang ada di Syria.


Sejak bila sebenarnya saudara ke sana?

Sudah setahun. Saya pergi redah sahaja. Tak ada buat rancangan. Dengan empat orang anak saya turut bersama (tiga perempuan dan seorang lelaki). Yang sulung kemudiannya balik untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sini. Jadi kekallah tiga orang yang tinggal bersama saya di sana. Anak saya Noramalia Batrisya ,15, dan Mohd. Bazli Shafri, 13, belajar di Jami’ Abu Nur, sebuah kolej Islam antara yang termasyhur di Syria. Yang kecil baru masuk umur tujuh tahun dan belajar di darjah satu. Enam bulan pertama mereka dimasukkan dalam kelas bahasa Arab. Tidak ada masalah untuk mereka mengikuti pengajian dan sekarang sudah fasih berbahasa Arab. Saya amat puas hati dengan perkembangan mereka.


Puas hati macam mana?

Dengan perubahan perwatakan. Di Malaysia, dekat Shah Alam tempat kami tinggal dahulu banyak pengaruh yang tidak sihat. Cara hidup moden . Tapi di sana mereka mengaji Quran tiap-tiap hari, solat tidak tinggal dan pergaulan dijaga. Malah mereka sempat menasihati kakak yang pulang ke Malaysia “jangan tengok lelaki” bukan berkawan, tengok pun mereka tak bagi.


Di sana pergaulan antara lelaki dan perempuan amat dibatasi. Kita payah nak lihat pergaulan secara bebas berlaku. Duduk satu meja pun tak ada. Kalau di Yaman, negeri yang berjiran dengan Syria, dalam bas kalau hanya ada seorang wanita yang menjadi penumpang , yang lelaki tidak akan naik dan sanggup tunggu bas yang lain datang untuk dinaiki. Bimbang timbul fitnah walaupun hanya sebagai penumpang. Masing-masing sangat prihatin untuk menjaga perkara ini.


Antara perubahan yang ketara saya dapat lihat adalah pada anak perempuan saya, Noramaliya. Dia sebenarnya pelajar yang lemah. Semasa bersekolah di Malaysia, biasanya dia mendapat kedudukan 35 ke bawah. Dulu tinggal di Shah Alam, dia selalu ponteng sekolah. Tengok wayang di KLCC. Pergi ke sekolah tapi dalam beg ada pakaian lain untuk ditukar. Itu dah memang menjadi tabiat pelajar sekolah di Malaysia. Sampai di Syria, dia jadi pelajar yang terbaik. Padahal dalam kelas ada pelajar-pelajar luar negara yang lain seperti dari England, Afrika Selatan, Kazakhstan , China dan lain-lain. Dia yang muncul pelajar terbaik


Bagaimana saudara menyara kehidupan di Syria?

Tidak ada pendapatan tetap tapi saya sangat bernasib baik kerana mendapat bantuan. Saya diberi tempat tinggal percuma oleh seorang Syeikh di sebuah apartmen di pinggir Damsyik. Saya akui duit pun tak banyak tapi diam tak diam sudah sampai setahun saya di sana dan tidak timbul sebarang masalah besar. Kita kena yakin rezeki itu datang daripada Allah. Ada saja duit yang masuk. Sentiasa ada bantuan diterima kerana saya dan anak-anak dikira orang yang sedang menuntut ilmu.


Malah ia sampai ke tahap saya kadang kala terpaksa buang makanan yang diberi oleh jiran kerana terlampau banyak. Dan di sana kita yang pergi belajar dengan Syeikh ini bukan kita yang membayar Syeikh tapi mereka pula yang memberi duit pada kita. Perkara ini sudah jadi kebiasaan orang Syria . Jika tidak pun, dia akan beri kita roti setiap kali pergi belajar. Pergi solat Jumaat pun dapat duit. Budaya memberi amat dititikberatkan. Paling kurang, yang dewasa akan menyediakan gula-gula dalam poket untuk diberi kepada kanak-kanak.


Saya juga terkejut kerana kadang-kadang menerima sumbangan yang nilainya mencecah RM1000. Kalau yang kaya lebih lagilah mereka sumbangkan. Anak kepada Syeikh yang menyediakan rumah percuma untuk saya pernah menyumbang jutaan ringgit kepada fakir miskin dalam bulan Ramadhan. Kenapa saudara fikir perubahan-perubahan positif sama ada kepada anak atau saudara sendiri boleh berlaku? Adakah perbezaan antara Syria dan Malaysia ini begitu ketara sekali sedangkan kedua-duanya adalah bumi orang Islam?


Bumi Syria ini ada kelebihan. Saya daripada kecil sampai besar memang belajar di sekolah yang tidak berasaskan kepada Islam. Saya menuntut di dua buah sekolah mubaligh Kristian iaitu La Salle Institution dan St John Institution. Dari situ saya menyambung pula pelajaran ke Indiana University di Amerika. Daripada kecil sehingga dewasa, saya tidak pernah belajar dan khatam al-Quran.


(Di Amerika , Azmil belajar dengan pengkhususan dalam penerbitan televisyen, radio dan filem. Beliau hanya tinggal tiga lagi jam kredit untuk dihabiskan sebelum dihantar pulang ke Malaysia oleh Jabatan Imigresen Amerika. Tindakan itu diambil ketika Amerika membuat penapisan orang-orang Islam dari negara luar berikutan kemenangan kumpulan Islam (Syiah) menjatuhkan kerajaan beraja Shah Mohammad Reza Pahlavi. Azmil dikesan bekerja sambilan walaupun syarat hanya membenarkan pelajar luar yang mempunyai 12 kredit atau lebih sahaja untuk berbuat demikian. Ayahnya Dato’

Mustapha Kamil Yassin, bekas pensyarah di Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia tidak mahu Azmil mengambil biasiswa kerana kedudukannya sebagai kakitangan kerajaan gred A. Mula-mula saya berubah dulu nak baca surah al- Fatihah pun tak boleh. Kena baca mengikut tulisan rumi. Nak sembahyang semua ayat kena ditulis ke huruf rumi. Tak pernah dapat hafal. Sehinggalah apabila saya ke Syria.


Di sana, anak-anak saya belajar Al-Quran dengan seorang syeikhah (ustazah) di rumahnya. Selepas sebulan syeikhah tersebut datang melawat ke rumah. Dia mahu melihat keadaan keluarga macam mana. Bila datang dia meminta saya mengajar anak-anak. Dia suruh saya baca satu surah. Bila “check” ayah baca pun tak betul, dia pun minta anak muridnya yang lain tolong ajarkan anak-anak saya.


Tapi alhamdulillah berkat mengaji tiap-tiap pagi, kini saya sudah boleh menghafal satu, dua muka surat dengan senang. Ini memang saya pelik. Saya rasa ini memang kesan tinggal di bumi Syam (Syria), bumi para anbiya’.


Dahulu negara ini tertutup. Sebab ia mengikut pengaruh Rusia. Jadi negara lain menyisihkannya. Apabila Syria disisihkan, ia sebenarnya terselamat. Macam di Malaysia, apabila dibuat dasar terbuka, semua pengaruh dapat masuk, ia merosakkan kita. Budak-budak sekarang budaya sendiri pun tak kenal . Dan dia tak mahu ikut. Dia lebih seronok ikut budaya asing, budaya Barat. Budaya ini di Melayukan dengan bahasa. Tapi isinya tetap dari pengaruh yang menyimpang dari ajaran Islam.


Adakah kerana saudara bimbangkan keadaan begini sehingga sanggup membawa anak-anak jauh dari Malaysia? Azmil Mustafa Sebab benda inilah saya bawa anak-anak keluar. Bila saya bawa anak-anak keluar, ada kawan-kawan yang tegur saya ” Jadi anak kamu ini tidak ada SPM. Macam mana nak cari kerja?”


Saya jawab balik, “Rezeki itu kerana Allah bukan kerana SPM”. Orang ada SPM pun berlambak tak ada kerja. Ada ijazah UM pun tak ada kerja. Ada Master USM pun tak kerja. Kita kena ingat rezeki itu dari Allah.


Sekarang anak-anak saya sudah hafal Juzuk Amma. Saya percaya dalam tiga empat tahun lagi, Insya Allah satu Quran tu dpat habis dihafal. Itu lebih berharga. Kalau dia jadi arkitek atau jurutera tapi Quran pun tak tahu buat apa. Macam saya dulu jadi pengarah filem tapi Quran pun tak tahu, buat apa?


Memberi pendidikan Islam pada anak-anak sehingga sampai berhijrah ke Syria. Orang lain mungkin tak berpeluang berbuat demikian macam saudara.?


Saya rasa kalau kita ajar anak kita cara Islam tak ada kekurangannya bagi saya. Malahan Allah mungkin akan mecurahkan kemudahan kepadanya. Sekarang kita kongsi raya, kita kongsi hukum, kongsi taraf atau standard Islam dengan yang lain. Kita membandingkan ajaran Islam dengan yang Barat.


Kalau tak seperti Barat, kita anggap standard kurang. Kita campur aduk hukum Allah dengan hukum kafir. Inilah yang saya nampak masalah kita pada hari ini. Ini pun nak berlaku di Syria pada hari ini. Kalau di negara kita lama dah dijajah 500 tahun dahulu dan kita masih ‘terjajah’. Syria ini dia baru terbuka tak sampai 10 tahun. Jadi generasi dia sekarang dia baru rosak.

Kalau kita di Malaysia, kerosakan bermula sejak dari generasi bapa kita dahulu. Maeeka agungkan England dan Amerika.

Tetapi bagi saya , kalau orang Syria nak ikut barat pun, agaknya kena juga dengan fizikal mereka itu. Tapi kita Melayu pun nak mata warna biru, rambut warna perang. Tak kenalah. Nampak janggal sangat kalau yang Melayu nak tiru.


Bagaimana kita hendak menghadapi perubahan budaya sebegitu ?
Di Syria, guru-guru yang pegangannya kuat masih bertahan. Kita di Malaysia, lebih banyak yang kebaratan daripada Islam. Kita di sini mereka yang nak kepada Islam sedikit, yang nak kepada barat banyak.


Dari sekolah itu yang diajar. Supaya kita bersedia dengan pengaruh dan sistem barat. Sekolah-sekolah kita, tamat persekolahan kita berpeluang belajar sampai ke universiti di Amerika, di England. Tetapi kalau kita keluar dari pondok atau sekolah agama, peluang sambung belajar itu tidak seberapa.

Apa yang kita lakukan adalah untuk menyesuaikan diri kepada budaya barat.
Dan ini kita tak sedar. Kita seolah-olah nak menyediakan diri masuk ke institusi dan sistem yang kerap kalinya meruntuhkan jati diri Islam..

Dan yang peliknya, orang tidak bimbang kalau yang keluar tingkatan enam sekolah biasa tak boleh baca Alif Ba Ta. Nak masuk sekolah tahfiz pun payah sebab tak kenal huruf walaupun tamat tingkatan enam. Benda ni dah berlaku sejak zaman dulu lagi dan kita tidak sedar.


Saya cakap kepada seorang sahabat di Syria kenapa kamu ghairah nak buka peluang kepada barat. Saya dah tengok keadaan di negara saya apa yang berlaku. Dia kata mereka pun nak moden. Moden apa? Moden nak tengok anak-anak terbuang di tong sampah. Moden nak tengok anak-anak mati sia-sia kerana terlibat denbgan lumba haram. Itu moden buat apa. Pembangunan sedemikian yang membangun hanya bangunan dan jalan raya. Akhlak runtuh.


Akhlak diruntuhkan kerana nak mencantikkan bangunan dan jalan. Sebab itu fikirlah, kerana tak ke mana kita dengan pembangunan sebegitu.


Kenapa remaja dan kita sendiri sebenarnya cenderung untuk meminati budaya hiburan?

Sebab memang sudah disediakan sejak daripada dulu. Pendidikan dan cara hidup disediakan untuk membolehkan anak-anak bersedia menerima sistem yang menyimpang dari bukan untuk menjadi hafiz atau ulama’. Penyediaan dilakukan untuk membawa masyarakat ke arah keseronokan.


Kalau kita tengok babak dalam filem Melayu, babak minum arak , berdansa, sejak dari zaman P Ramlee sudah ada.


Sejak sekolah lagi , anak-anak dibiasakan dengan budaya Barat. Ada sukan gimnastik sampai terkangkang anak-anak diajar guru; sukan renang, jadi separuh bogel. Kita disediakan untuk menerima budaya barat. Mana kita amalkan hukum syariah ? Itu masalah kita.


Pada pandangan saudara, masalah keruntuhan akhlak ini bagaimana nak diselesaikan?


Sekarang kita taat pada hukum yang tidak berpaksikan Islam. Undang-undang yang dimulakan oleh British dahulu. Cuba kita gunakan hukum syariah, saya percaya gejala sosial yang teruk dalam negara dapat dikurangkan sebab kita menyediakan masyarakat untuk ke akhirat. Sekarang kalau membabitkan hukum Allah, ia dikira hak persendirian. Anda hendak buat atau tidak, itu pilihan anda sendiri. Tapi mereka (kerajaan) tak galakkan pun. Itulah masalah sekarang.


Bagaimana kita nak menyedarkan masyarakat?


Islam ini mesti dijalankan bermasyarakat. Tapi tanggungjawab itu tetap pada diri sendiri. Kita sendiri mesti mulakan dahulu . Contohnya kita dilatih berpuasa sama ada di dalam atau dil luar rumah. Walau di mana pun kita tahu Allah melihat.


Sebab itu kita kena buat pilihan. Dua sahaja pilihan kita. Sama ada ikut jalan Allah atau ikut syaitan. Tidak ada jalan tengah. Tidak ada kompromi. Setiap benda yang berlaku dalam masyarakat dunia hari ini kita kena buat pilihan antara yang benar dengan yang tidak. Gunakan akal.

Islam ini agama untuk yang tahu berfikir. Bukan taat buta tuli. Kalau kita gunakan akal fikiran baru kita sedar. Kita kena fikir tentang keesaan Allah. Ini yang kita kena ajar anak-anak. Sekarang apa yang diajar kena cari duit banyak-banyak. Bila ikut cara Islam barulah ada keberkatan.


Berbalik kepada dunia hiburan, adakah tidak ada ruang sebenarnya untuk ia menjadi lebih baik?


Boleh kalau industri kita industri yang beriman. Tapi industri kita meniru Bollywood, Hollywood, Hong Kong dan lain-lain. Kita menuju ke arah keruntuhan. Ini yang bahayanya.


Nasihat kepada rakan artis


Pendek sahaja ; Allah melihat apa yang kamu buat.

Wallahualam.....

Sumber : http://wanwma.com/motivasi/perbezaan-lagenda-anak-setan-dengan-ali-setan-sekarang/#more-1311

*Syukran kepada sahabat atas perkongsian

Wednesday, September 1, 2010

Di saat ini,akhir Ramadhan....


Dirasakan hati masih kosong,jiwa masih gusar di akhir Ramadan..lagi-lagi di kala mid-sem exam ni..


Ya Allah,janganlah jadikan kami orang yang bertemu Ramadhan,tapi keluar darinya dengan dosa....



Terserempak dengan satu artikel yang sangat menyentap kalbu,mungkin itulah masalah hati yang dihadapi oleh ramai di kalangan kita..Artikel ni agak panjang, tapi indah penghayatannya:

***

Najwa melangkah longlai menuju ke kampus. Bukan kerana penat tubuhnya, tetapi terasa jiwanya ada sesuatu yang tidak kena. Najwa terasakan dirinya ibarat belon yang tak cukup udara, tekanan atmosfera luar yang lebih tinggi memenyekkan belon itu. Ramadhan telah berlalu, separuh daripadanya. Najwa mengkontemplasi saat-saat lepas di dalam Ramadhannya kali ini, apakah yang telah dicapainya.


Ditakdirkan Allah, assignments di universiti sangatlah banyak, yang kadang-kadang dia tidak mampu untuk iltizam dengan tilawah Al Quran 1 juzuk sehari. Mahupun ingin berlama-lama di atas sejadah, kerana discussion di sana sini. MP3 player berisi bacaan ayat-ayat Al Quran oleh Sheikh Mishari al Efasy menjadi peneman jiwanya yang terasa kosong.


“Ya Allah, jangan jadikan aku orang yang mensia-siakan bulan barakah ini..” Najwa mengeluh sendirian.


Penat juga dia mengenangkan, kenapa pula kelopak matanya tersangat kering. Dia juga letih mengenangkan, kenapa apabila dia membaca kalamullah tidak tersentuh jiwanya. Najwa teringat surah Al Anfal ayat 2:


“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah apabila disebut nama Allah, bergementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakal”


Najwa mengulangi doa yang diajarkan Rasulallah SAW.


“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan tinggalkan aku sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan segala urusanku. Laa ilaha illa anta (Tiada Tuhan selain engkau)” Riwayat Abu Dawud, Ahmad.


Najwa singgah duduk di satu “bench” di bawah pokok. Musim bunga kali ini dirasakan tidak membunga-bungakan iman di dalam hatinya.


“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan”. Dalam Najwa mengulangi doanya itu, tiba-tiba terdetik di dalam hatinya:


Benar-benarkah hanya rahmat Allah yang dia harapkan?


Benarkah hanya kepada Allah dia berharap, benarkah dia berharap Allah mengiringinya di dalam setiap urusannya.


Najwa teringat suatu peristiwa, semasa Najwa mengajak beberapa juniornya untuk mengikuti halaqah mingguan. Dia terasa sangat “excited” kerana nampak wajah-wajah baru yang ingin mendekatkan diri kepada Allah. Pada hari tersebut, Najwa dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan tazkirah. Usai tazkirah tersebut, Siti, salah seorang juniornya berkata kepadanya, “Best la tazkirah kak Najwa…”


Najwa terasakan dadanya kembang keseronokan.


Najwa tersentak… Kelopak bunga spesis Rhododendron berterbangan ditiup angin.


“Oh.. di situlah silapnya… Benarkah aku hanya mengharapkan rahmat Allah dari amal yang aku perbuatkan? Rupa-rupanya, aku masih seronok dengan pujian. Sedangkan aku tak tahu, sama ada amal itu masih diterima Allah atau tidak…. Ya Allah, benar-benar kali ini… Hanya rahmat Engkau sahaja yang aku harapkan… Lebih baik sekiranya manusia benci aku atas usaha aku, asalkan Engkau tidak marah kepadaku”

Najwa mengenangkan, rahmat Allah sudah semestinya tersangat besar. Allah, Dialah Tuhan yang telah menyelamatkan Najwa daripada lemas di dalam paya busuk jahiliyah. Allah, Dialah Tuhan yang telah melahirkan perasaan malu dalam dirinya, lalu perasaan malu itu menyelematkan Najwa dari ikhtilat (percampuran bebas lelaki dan perempuann), lalu dengan perasaan malu itu, pakaiannya semakin sopan menepati ciri-ciri muslimah. Allah, Dialah Tuhan yang telah memilihkan teman-teman seperjuangan yang saling memperingatkan kepada kesabaran, keimanan dan mengajak kepada amalan soleh.


Najwa teringat lagi, apabila dia sibuk mengendalikan program-program islami semasa cuti musim bunga. Masya-Allah, Allah telah beri dia keizinan untuk berlari ke sana ke mari, kelam kabut, berpenat-penatan untuk memikul tugasan dakwah. Allah telah beri peluang untuk dia mujahadah. Tapi, dia kelam kabut dalam solatnya kerana ingin mengejar urusan “dakwah”nya. Dia tidak dapat iltizam dengan tilawah Al Qurannya. Dia tidak sempat berhenti seketika untuk muhasabah amalan-amalannya. Tiba-tiba Najwa tersentak lagi..


“Mengapakah kamu suruh orang lain mengerjakan amal kebaikan, sedang kamu melupakan diri sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab? Maka tidakkah kamu berfikir?”


Najwa teringat Surah Al Baqarah ayat 44, ya benar… Dia telah melupakan dirinya sendiri. “Ya Allah, benar-benar kali ini.. aku mengharapkan Mu jangan tinggalkan aku bersendirian bersama urusan-urusanku.. walau pada kadar sekelip mata,” Najwa berharap.

Sesungguhnya manusia itu pelupa sifatnya. Manusia zalim terhadap dirinya. Hanya atas rahmat Tuhan Yang Maha Penyayang yang mampu menghindarkan manusia daripada menzalimi diri mereka sendiri.


Manusia jua mudah terasa dirinya serba cukup. Mudah sahaja terasa bahawa dia tidak perlukan sesiapa untuk membantu urusannya. Kerana dia mempunyai kepandaian, kekuatan fizikal dan kelebihan untuk mengendalikan urusan hariannya. Tetapi, manusia lupa.. Di belakang sesuatu urusan, Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui sedang memerhatikan apa yang manusia perlakukan. Malah, Dia mengetahui apa yang berada di benak fikiran dan lubuk jiwa insan.


Najwa terkedu.

“Hah! Termenung apa tu!” Najwa disentakkan oleh temannya, Hayati.

“Awak ni, terkejut saya tau!” Najwa mencebik.

“Alah.. maaflah.. Assalamualaikum” Hayati tersengih sambil beri salam.


“Awak dah sampai ke negeri China ke tadi Najwa? Maaflah ganggu kembara angan-angan awak” Hayati memang terkenal dengan sifat suka menyakat. Walaupun begitu Hayati memang seorang yang sangat tajam pemerhatiannya.


Najwa sengih sahaja. Najwa bertanya kepada Hayati, “Kaifa imanuki? (Apa khabar iman kamu?).


Hayati senyum, “Alhamdulillah.. Alhamdulillah… I hope to stay in Ramadhan all the time!”


Najwa sambung lagi, “Kongsi la tips. How to benefit this Ramadhan!”


Hayati melarikan anak matanya ke kiri dan ke kanan. “Err… Saya tak pandai la bab-bab kasi tips ni. Tapi, saya nak share something. Tazkirah yang saya dengar from Sheikh masa solat tarawikh kat musollah”


“Surah Al Ma’un ayat 4-5.”

“Dalam ayat 4.. Allah cela orang yang bersolat. Pelik ye, kenapa pula bila kita bersolat, yakni beribadah tetapi kita masih dicela oleh Tuhan kita. Awak rasa-rasanya kenapa, Najwa?” Hayati buat soalan KBKK pula.


“Alah, mana la saya tau… Awak citer je la” Najwa malas nak fikir.


“Okey lah, kalau kita tengok ayat 5, Allah cakap “iaitu orang-orang yang lalai di sekitar solat mereka”.. “Kalau tengok perkataan Arab ‘an solaatihim, bukannay fi solaatihim. Maksudnya, Allah cela orang-orang yang lalai di sekitar solatnya, iaitu di luar solatnya dia lalai. Bukan referring to orang yang lalai within his/her solat. As if, orang tu dah defeat the purpose of solatnya kerana solatnya masih tidak dapat melindungi dirinya daripada berbuat maksiat apabila dia selesai solatnya. Itu sebab Allah cela”


“Macam kita lah, kalau dok dalam halaqah, kita asyik cerita pasal kena amar ma’ruf nahi mungkar… Tapi kalau di luar halaqah, kita tak buat pun apa yang kita perkatakan tu.. What is the purpose of the halaqah to begin with?” Hayati berkata.


Najwa tertunduk. “Jazakillah ukhti…”

Hayati berkata, “Awak ni cam ade problem je……”

Najwa melarikan pandangannya, “Hmm.. Biasalah, hati kurang sihat.”

Hayati berkata lagi, “Alhamdulillah.. Awak masih dapat rasakan sama ada hati awak baik ke tidak. Rasulallah pernah cakap, sapa yang dalam saat imannya rendah, tapi masih berpegang kepad Sunnah baginda, sesungguhnya dia telah mendapat petunjuk”


“Iman kita memang ada up-s and –down-s. Tapi di saat down ni, sebenarnya Allah nak kasi clue kepada kita. Betapa sebenarnya seronok dan indah apabila iman kita baik. Allah nak beritahu kita bila kita tengah down ni, bahawa Allah rindu dengar kita merintih dan mengadu kepadanya..


..Sepertimana ada satu Hadith Qudsi, Allah berfirman “wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu”


You know what, Najwa…Asalnya , kita tak perlu pun mengadu kat Allah dosa-dosa yang kita buat atau kejahilan yang kita buat.. Sebab Allah memang dah tau pun. Tapi Allah suruh kita doa dan mengharap kepadaNya, supaya kita lebih akrab kepada Allah” Hayati mengusap-usap kepala Najwa.


Najwa menyeka air mata. Ah! Akhirnya basah juga kelopak matanya!


Benarlah, bertafakur lebih baik daripada solat 1000 rakaat. Kini, Najwa terasa qalbunya lebih ringan. Mudah-mudahan langkahnya selepas ini mengharungi saat-saat terakhir Ramadhan, diterima oleh Allah.

***

Daripada Jabir bin Abdullah radhiallahu ‘anhuma, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata: “Amin, amin, amin”. Para sahabat bertanya: “Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?” Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata: ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata: ‘Amin’. Kemudian Jibril berkata lagi: ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke Syurga dan katakanlah amin!’, maka kukatakan: ‘Amin’. Kemudian Jibril berkata lagi: ‘Celaka seseorang yang jika disebut namamu namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!’, maka kukatakan: ‘Amin’.” (Riwayat Al-Bukhari).


Semoga dapat mengisi akhir Ramadhan dengan sebaik-baik amalan dengan hati yang penuh keikhlasan dan ketaqwaan bukan ikutan semata-mata.Wallahua'lam.Kami benar-benar dambakan redhaMu Ya Rabb.


Sumber:http://www.halaqah-online.com/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=270:cerpen-edisi-ramadhan&catid=34:cerpen-a-cerita&Itemid=85

Tuesday, August 31, 2010

Saya Mahukan Kemerdekaan!

-Saya Mahukan Kemerdekaan!! Itulah yang bermain dalam benak jiwa saya sekarang.

*'Kenapa?Kan kita dah merdeka??yang ke-53 lagi tu....kan?kan?'

-Betul...Sebenarnya kita PERNAH merdeka...tapi,dalam diam,kita tak perasan yang kita dah dijajah semula..Perhatikan>>>>








































































'A picture can tell a thousand words'.Apatah lagi 'a few of pictures' kan?..(Istighfar dalam hati) ..Tak perlu diterangkan lagi,menggeletar tangan,berkecamuk fikiran semasa men'download' dan meng'upload' gambar-gambar tersebut....Sungguh perit lidah dan pena saya nak mengungkap realiti yang berlaku di sebalik gambar-gambar yang sekecil cuma ini.Hakikatnya..tanggungjawab kita sangat besar,untuk mengembalikan kemerdekaan yang pernah kita kecapi dulu,dan impian yang langit menggunung untuk melihat 'bi'ah solehah' di mana-mana sahaja kita pergi di bumi tercinta Malaysia ini.
*bi'ah solehah?:(http://nurazahfathirah.wordpress.com/biah-solehah/).

Perjuangan rakyat palestin.Walaupun dah terlalu banyak kisah dan ceritera benar yang kita dengar berkenaan perjuangan rakyat Palestin memperjuangkan hak mereka, jangan serik untuk menghayati dan mengikuti perkembangan mereka(http://palestinkini.info/).
Kita akan benar-benar menghayati erti kemerdekaan dari rakyat palestin. Mereka berjuang bermati-matian mempertahankan bangsa dan agama dalam serba amat kekurangan,namun di sini pula kita dalam zon selesa.terlalu alpa dengan nikmat aman ini..Malah, terlalu banyak nikmat di bumi Malaysia yang dinikmati dengan pelbagai aktiviti-mengundang-murka-Ilahi.

"Dan jika kamu berpaling tadah, maka Allah akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain daripada kamu dan kaum itu tidak seperti kamu.”
(Muhammad:38)

Jangan sampai terhantuk baru tengadah!


Sungguh!Saya amat sayangkan Malaysia,saya sayangkan rakyat-rakyatnya,saya sayangkan pembangunannya,saya sayangkan tanah tumpah darah saya ini..namun sayang kita bukan kerana bangsa semata-mata, namun sayang itu keranaNya,Rabbul Jalil..

Telah diriwayatkan bahawa ketika hijrah, Rasulullah s.a.w membisikkan rasa cinta Baginda kepada kota makkah,tempat tumpah darah Baginda dengan penuh perasaan iaitu ketika Baginda akan meninggalkan kota Makkah,baginda mengungkapkan kata-kata-berikut:


“Alangkah indahnya kamu bagiku wahai negeriku (Mekah), dan alangkah kasihnya daku kepadamu, seandainya tidak kerana aku diusir oleh kaumku untuk berpisah denganmu, maka demi sesungguhnya aku tidak akan memilih tempat kediamanku selain daripada kamu.”

Setelah mengucapkan kata-kata itu,maka Baginda terus melangkah keluar, yang dilakukan sebagai menunaikan satu perintah Allah SWT, yang antaranya terdapat dalam firman Allah SWT:

Wahai hamba-hambaKu yang beriman, sesungguhnya bumiKu adalah amat luas, maka sembahlah Aku sahaja.
(Al-Ankabut:56)

Ya Allah, lindungilah negaraku Malaysia dan seisinya daripada segala kecelakaan dan jauhilah kami dari sebarang perbuatan yang mengundang murkaMu. Semoga keamanan dan kesejahteraan ini terus kekal dalam keharmonian dan diserikan dengan kasih sayang perpaduan sesama rakyatnya.

Selamat Hari Kemerdekaan wahai Malaysia tercinta..Semoga rakyat Malaysia akan turut merdeka fizikal, jiwa, pemikiran dan nurani. Semoga kita dan generasi akan datang dapat tersenyum dengan kemerdekaan sebenar.
*Hari Malaysia=16 September

SALAM KEMERDEKAAN


MERENUNG,BERFIKIR,BERTINDAK DAN MELAKUKAN PERUBAHAN!

nota kaki:dah lama x dapat meng'update' blog ni,bersawang sungguh la...nampaknye terpaksa tukar style penulisan yang lebih ringkas supaya boleh sentiasa meng'update'..semoga istiqamah lepas ni,takbir!

Friday, April 16, 2010

lahirnya Tarzan ke dunia...(versi Malaysia?)

Gambar dan ulasan ni telah dijumpai secara x sengaja dalam page fb kawan kepada kawan kepada kawan...walaupun x dpt meminta keizinan pemilik asal page tersebut untuk republish gambar tu di blog ni,saya yakin yg beliau turut mahu perkara ni disebar-sebarkan.Teruskan membaca:)



Inilah kisah bermulanya anak Tarzan.... laporan rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!
Sebagai orang islam lupakah kita dengan Ayat ini..Allah berfirman:

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang sangat besar” [al-Israa' 17: 31]

“Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan ahli warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah dia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak)” [Al-Israa' 17: 33]

Puncanya berlaku perkara ini ialah kerana zina, ingatlah ayat Allah s.w.t , firmanNya

Dan janganlah kamu menghampiri ZINA, Sesungguhnya ZINA itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (membawa kerosakan)” [al-Israa' 17: 32]


Ya, kedua-dua ayat yakni ayat ke-31 dan 33 mengiringi ayat 32 yang berupa larangan Allah terhadap kita mendekati zina.
Itulah perbuatan yang keji. Perbuatan keji yang telah ditutup pintunya oleh Allah melalui pembetulan sosial melalui batas hubungan antara silang jantina, menjaga aurat, memelihara pandangan, dan sudah tentu pembetulan Aqidah, pandangan hidup dan sistem nilai yang mendasari perbuatan manusia. Zina itu sudah ditutup pintu-pintunya melalui kepatuhan kepada peraturan itu. Namun pintu zina kembali terbuka.
Sumber:
http://www.facebook.com/photo.php?pid=30525783&id=1528955556
(special thanks to abu khuzaifah)

Hakikatnya,ramai di antara kita yang masih lalai dan mengambil enteng akan gejala sosial yang dianggap remeh ini. Berdasarkan,penjelasan di atas: 'pintu zina kembali terbuka', dapat saya simpulkan bahawa banyak perkara yang haram telah pun dihalalkan. Hubungan lelaki dan wanita yang terlalu terbuka tanpa batas dianggap seperti perkara biasa. Ber'dating', berdua-duaan, bergurau senda sesama sendiri, berbual hingga larut malam(face-to-face,facebooking,YM,dan lain-lain) rasenye dah dianggap sebagai perkara yg x ada salahnya.Malah,jika ada pihak2 yg berniat hendak menegur/memberi nasihat/melakukan langkah2 pencegahan ,akan muncul lah pelbagai suara2 sumbang sumbing seperti:

'Ala,masing2 dah besar,pandai-pandailah fikir sendiri!'
Kubur kan lain-lain,janganlah jaga tepi kain orang..
Ko bukannya baik sangat utk tegur aku!
Kitorang bukannya pegang2 pun,berjumpa ngan berbual je pun salah??


Yes,kita semua dah besar,pandai2 lah fikir sendiri,habis tu..kalau pandai fikir sendiri,kenapa muncul jugak gejala sosial yang makin berleluasa?Yes,x berpegangan tangan,x sentuh sana sini situ,tapi bila ber'dating' atau bergurau xde batasan,xkan xde pun muncul sekelumit rase yg 'lain macam' dalam hati??Allah mengetahui hati2 manusia,DIAlah pemilik kita,kerana itulah ditetapkan hukum2 pergaulan agar kita semua terjaga dari terjerumus ke lembah maksiat dan mengingkari perintahnya...dari beberapa perbualan dan pertemuan biasa,siapa tahu silap haribulan boleh terjerumus ke lembah penzinaan,nau'zubillah..fikir-fikirkanlah..sama2 muhasabah diri.

Ingatlah firman Allah:

S
ungguh manusia berada dalam kerugian,kecuali orang2 yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati utk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran[Al-'Asr,103:2-3]

Jom sebarkan kebaikan dan cegah kemungkaran :) amar ma'ruf wa nahi mungkar!
wallahua'lam


Thursday, April 15, 2010

Malaikat,syaitan dan.....manusia(aku ke?)

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .....

Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??

Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... ..

Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .....

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..

Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!


Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..

Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?


Manusia - Azan sudah kedengaran.. .....

Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan

Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.


Manusia - Teringin nak solat berjemaah di surau/masjid
Malaikat - Solat berjemaah itu dituntut sangat dituntut,
imarahkan lah rumah-rumah Allah
Syaitan - Buat hape,solat dalam bilik sorang2 lagi bagus...bazir mase je pg sane,kan tu tmpat budak2 baik je...ko baik ke?

*Daripada ibnu Umar ra, sesungguhnya rasulullah saw bersabda : “Solat berjemaah lebih afdal daripada solat bersendirian dengan 27 kali ganda darjatnya”. (muttafaqun ‘alaih),

*
Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.”(Surah At-Taubah, ayat 18)


Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...

Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !

Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..


Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa

Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..

Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..

Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?


Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .

Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ...... (kalau sempatla)


Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?


Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.

Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...

Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....


Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan pesanan ni 2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal 3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2

Sama-sama kita muhasabah diri,kita selalu bermonolog dalam diri untuk mencapai sebarang keputusan,semoga jalan yang dipilih itu diredhai Allah


Thursday, April 8, 2010

MAAF, wajahmu itu bukan utk tontonan umum..apalagi tontonan khusus..sama2lah kita ambil iktibar..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Seriously cerita bersajak ni memang terkena batang hidung sendiri,sama2 kita hayati dan ambil iktibar:)


Suatu kisah
Kisah benar belaka
seorang pemuda dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya
Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa
Seperti biasa
Diusulkan emak tersayang

Bukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa Arab
Pendek kata tip top!

Si pemuda mulakan istikharah
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula

Si pemuda menjenguk ke web
Laman Friendster kegemaran ramai
Yang kini mungkin Facebook
Satu keajaiban!!!
Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
Bertudung labuh litup
Namun, bergambar sakan
Aduh!

Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
Bukan menjadi pilihan
Kerana gambar ditayang
Dengan penuh sakan
Pemilihan terbatal

Dia pernah berkata
Perempuan cantik itu
Tidak memandang dan tidak dipandang
Perempuan cantik itu
Tidak mengenali dan tidak dikenali
Perempuan cantik itu
Tidak menegur dan tidak ditegur

Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan
Tapi sayang sekali
Si pemuda tetap
Tidak berganjak dengan keputusan

Wahai Muslimah
Aku dan kamu
Mari mempelajari, mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
Kerana wanita solehah itu
Lebih baik daripada
seribu lelaki yang soleh

p/s : puisi ini mmg sengaja di copy...
Wahai muslimah marilah mengambil iktibar,
jadilah muslimah sebenar,
jangan berselindung disebalik tudung litupmu itu.
sampaikanlah pada sahabat2 kalian
sekiranya mereka bertepatan dengan puisi ini

Terima Kasih kepada penulis puisi ini.

barokallahulakum jami'a..

p/s:credit kepada seorang sahabat atas perkongsian ni