Saturday, November 21, 2009

Lelaki

Assalamu'alaikum...

dah lama x tulis apa2...ni yg risau bila dh start tulis kat blog,sebab risau x konsisten mcm ni la..habis berhabuk bersawang blog ni,huhu..byk sgt perkara yg nk dkongsi bersama...yg ni lah salah satu...hasil tulisan Fatimah Syarha yg merupakan novelis 'Tautan Hati'...karya ni dari novel beliau,'Syabab'..sama2 kt hayati...

dulu,
bila disebut LELAKI,
wanitanya mendongak megah,
LELAKI kami asadullah,saifullah,
kini,
bila disebut LELAKI,
wanitanya menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya boneka yahudi.
*asadullah(singa Allah)-Saidina hamzah,*saifullah(pedang Allah)-Khalid al-Walid

dulu,
bila disebut LELAKI,
wanitanya damai dihati,
LELAKI kami menjaga, melindungi,
kini bila disebut LELAKIi,
wanitanya mahu cabut lari,
LELAKI khianat ,perogol bersiri.

dulu,
bila searang wanita teraniaya,
sepasukan kuda putih membela,
al-mu'tasim kebanggaan wanita,
kini,
ribuan wanita suci dipenjara,
fatimah diperkosa minta dibela,
LELAKI tunduk tak bertenaga.

dulu,
bila wanita dibawah jagaannya,
LELAKI memagari sehabis daya,
tiada siapa berani menggoda,
kini,
bila wanita dibawah jagaannya,
LELAKI tak kisah auratnya terbuka,
wanitanya dibar bebas,binasa.

dulu,
LELAKI menggadai harta dan nyawa,
untuk mengangkat kemuliaan agama,
kini,
LELAKI menggadai ketinggian agama,
demi nafsu,dunia dan seisinya.

dulu,
LELAKI bermatian mencipta sejarah,
kental berjihad,tekun berdakwah,
kini,
LELAKI hanya menyanjungi sejarah,
diri bermalasan,tenaga tak dikerah.

dulu,
LELAKI memperjuangkan deen(agama) dan ummah,
al-farouq , zunnurain mati terbunuh,
kini,
LELAKI memprjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh.
*al-farouq(pemisah yg haq dan yg batil):Saidina Umar,
Zunnurain(yg mempunyai 2 cahaya):Saidina Uthman

dulu,
LELAKI bersatu menghadapi musuh,
angkatannya kuat dan teguh,
kini,
LELAKInya berpuak dan berpecah,
sesama sendiri saling bertelagah....

kembalilah LELAKIku,
kembali kepada keLELAKIanmu,
kami rindukan LELAKI dahulu,
acuan madrasah rasul.

Srikandi Damsyik,Syria
(Syabab Musafir KAsih,202-204,Fatimah Syarha)

-bukan nak mengcondemn lelaki ye,hehe..saje nak kongsi bnda ni ngan orang lain sebab rasa puisi ni best,lagi2 jadikan hiburan d tgh2 study week ..harap lelaki dapat amek iktibar dan wanita pn dapat sama amek iktibar..

adam dan hawa dijadikan utk lengkapkan satu sama lain,kalau baik seseorang tu,maka pasangan yg baiklah dia akan dapat,kalau buruk seseorang tu,maka pasangan yg buruklah dia akan dapat..

cuba bayangkan kalau seseorang ni soleh mndapat pasangan yg solehah..kmudian dapat anak2 yg soleh dan solehah..seterusnya anak2 yg soleh dan solehah tu mndapat pasangan yg juga sama seperti mereka dan lahirkan keturunan yg soleh dan solehah dan seterusnya dan seterusnya,dan mereka2 ni juga mengajak kepada org lain utk sama2 menjadi golongan yg beriman dan beramal soleh..alangkah indahnya umat Islam masa tu...