Sunday, July 19, 2009

Pengisian yg sgt bermanfaat d pagi hari



Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

hari ni rajin nak masukkan entry baru lg :) ..tp assignment byk menanti,huhu..

semalam hamba tidur lebih krg pkul 3 pagi,berusaha siapkan kertas kerja sedaya yang mungkin..sgt la x larat sbnrny..

pagi tadi,pkul 8.40 pg,hamba menggagahkan mata & diri utk ke Surau ibnu Sina utk hadiri Simposium Nuqaba',utk para naqib naqibah yang diberi t/jwb utk memegang usrah...

pengisian pagi ni berkisarkan tauhid & aqidah..nmpak simple dan sgt basic..tapi sgt byk input baru yg diperolehi,subhanallah..

ustaz razali merupakan ustaz yang memberi pengisian..beliau mulakan dengan sedikit peringatan..antara ayat2 yg sgt menyentuh kalbu adlh begini:

Jika kita banyak kegelisahan dalam hati,mungkin kerana kita melupakan baginda Rasulullah s.a.w..Jika kt melupakan baginda,bermakna kt melupakan Allah s.w.t

Banyakkan berselawat kepada Rasulullah.Siapalah kt,manusia biasa yg tidak berselawat kpd Baginda Rasulullah,kerana Allah juga berselawat kepada Baginda

Astaghfirullahal'azim..tersentak hatiku mendengar kalimah2 ni..terasa sayu..betapa hati ni selalu dilanda gelisah dek sibuk memikirkan assignment dan menguruskan program sempena Ramadhan yang akan menjelang x lama lg..dalam seminggu,boleh dikira rasanya bilangan ku berselawat kepada Baginda kalau x dimasukkan sekali selawat sewaktu menunaikan solat dan ketika memulakan berdoa..patutla hati x tenang..aku dah semakin lalai dengan urusan duniawi,meminggirkan amal ibadahku utk urusan ukhrawi..Ya Allah,ampunilah dosa hambaMu ini..


dalam penerangan seterusnya,ustaz menerangkan secara ringkas tentang Islam,iman dan ihsan..diceritakan tentang seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan duduk menghadap Baginda sehingga lutut bertemu lutut..lelaki itu bertanya kepada Rasulullah tentang Islam,iman dan ihsan..lalu Baginda menjawab semua persoalan tersebut..

p/s:hamba x berapa ingat ayat2 utk jwpn tu,tp utk Islam,tentulah jwpnny berkisarkan rukun Islam...tentang iman,berkisarkan rukun iman...dan ihsan=beribadah kpd Allah seolah-olah kamu melihat Allah,dan jika x merasainya..rasakan seolah-olah Allah melihat kamu

setiap kali mendengar jwpn2 yg diberikan Baginda,lelaki tersebut mengangguk dan menyatakan benar2(ayat lebih krg mcm tu kot) menunjukkan seolah-olah dia lebih memahami maksud ketiga-tiga kalimah Islam,iman dan ihsan..

setelah lelaki tersebut berlalu,Baginda bertanya kepada para sahabat:tahukah kamu siapa lelaki tadi?..lalu para sahabat menjawab:hanya Allah dan RasulNya yg lebih mengetahui...
lalu Baginda menjawab kembali:itulah malaikat jibril yang diutuskan untuk mengajarkan deen(x ingat sgt ayatnya,tp lebih krg mcm tu la)
itulah sejarahnya..

lagi satu ayat yg menarik: perumpamaan kalimah yang baik umpama pokok yang baik,akarnya menjunam ke bumi dan cabangnya meninggi ke langit..itulah perumpamaan akidah yang teguh..

lepas tu,sgt la banyak analogi yg digunakan ustaz utk menjawab sebarang persoalan ttg bukti kewujudan Allah..

secara ringkasnya...soalan berkaitan Allah..
  • tentang soalan di mana?= kt blh jawab:kt tahu tentang kewujudan angin,akal,roh,nyawa...tapi boleh x kita terangkan kat mana kedudukan setiap satu tu??kita semua tahu manusia ada rasa kasih sayang..tapi d mana kasih sayang tu pada manusia??mana letaknya rasa masin pada garam??..semua tu kt tau wujud tapi x tau letaknya d mana..
  • soalan macamana nak sukat??=boleh x kt sukat rasa masin??ada ke kt nyatakan kasih sayang dalam bentuk 1 kg or 10 tan??x boleh kan?
  • tentang masa=boleh x kt ukur berapa masa yang diperlukan utk cahaya matahari sampai dari pulau pinang ke perth??x logik kan soalan tu sbb ia uncountable..

....begitu jg dengan kewujudan Allah..kalau huraian2 di atas yang kt guna makhluk sebagai contoh pun masih kt x dapat berikan jawapan..inikan pula tentang kewujudan Allah...
..ustaz menyatakan begini..Allah berada dalam dimensi ketuhanan...dan kita berada dalam dimensi makhluk...memang x tarjangkau akal fikiran kt tentang bagaimana Allah itu,sangat terbatas pengetahuan kt

Ada lagi kisah tentang umat Nabi Musa yg sangat ingin melihat Allah,lalu Nabi Musa a.s pergi ke Tur Sina utk menyatakan keinginan umatnya kpd Allah(Nabi Musa boleh berkomunikasi dengan Allah tanpa hijab/sebarang perantaraan)..lalu Allah menunjukkan kekuasaanNya dengan memecahkan/meruntuhkan gunung d hadapan Nabi Musa,lalu Nabi Musa dan umat yang bersamanya jatuh pengsan(x berapa ingat tapi kalau x silap baca dulu2,umat Nabi Musa bangun semula dengan muka yg sangat pucat,macam xde darah)..nah!!ni baru kekuasaan Allah,belum lagi melihat rupaNya yang sebenar...


antara ingatan akhir yg ustaz tu bawak..yg skali lg sgt menyentuh hati..

kalau org yg berkasih-kasihan x dapat hubungi satu sama lain bahkan boleh mengakibatkan rasa rindu dendam sekiranya x dpt lihat/mesej/call org yg sgt mereka sayangi/cintai...kenapa kt susah nak rasa rindu tahap begitu dengan Allah padahal dalam solat pn kt lalai dan lidah sukar skali untuk mengucapkan zikir..Astaghfirullah...betapa kt hamba yang lalai..

hamba berasa sangat risau menceritakan perkara2 berkaitan tauhid di sini,kita akan lebih faham jika mendengar sendiri pengisian tersebut sebenarnya..harapnya sesiapa yg membaca entry ni dapat berjmpa mana2 ustaz/ustazah/mereka yg pakar tentang ni utk penerangan lebih lanjut,kerana belajar sendiri tanpa iringan bantuan guru atau ulama' boleh membawa kesesatan kerana kt sememangnya memerlukan guru atau org yg boleh membimbing kt setiap masa.

semoga para pembaca dapat serba sedikit ilmu dari sini..smg ilmu2 yang dsampaikan ni dapat dsampaikan tanpa sebarang salah faham..yg baik dtg dari Allah dan yg tdk baik dtg dari diri hamba sendiri..wallahua'lam,till d nex quest



No comments:

Post a Comment